Tuesday, 4 October 2016

PENGENALAN

Muhammad Syamil Arif bin Mohd Ismail 16DTK16F1001, Mohamad Aiman Bin Muhayadin 16DTK16F1011 dan Muhammad Aliff Aiman Bin Hairul Roslan 16DTK16F1037. 

Blog ini bertujuan untuk menceritakan kepada anda semua tentang KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA.

PENDAHULUAN


  • 10 ogos 1511 , Alfonso de alburquerque datang ke Melaka untuk menjatuhkan kerajaan Melaka.
  • Beliau menggunakan helah dengan meminta Sultan Mahmud Shah membebaskan tawanan Portugis, membayar ganti rugi dan mendirikan kubu pertahanan.
  • Melaka akhirnya ditawan oleh Portugis kerana Si Kitol telah membongkarkan rahsia terbesar Melaka.
  • Sultan Mahmud Shah berundur ke Muar ,Pahang dan Bentan, Johor dan terus lari ke Temasik(Singapura).
  • Sewaktu beliau menjadi ketua gabungan melayu , angkatan tenteranya mula menyerang Melaka.
  • Tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa. 
  • Tetapi mereka tidak berjaya dan akhirnya mereka lari ke Kampar.
  • Sultan Alauddin Riayat Shah mengembangkan Johor sebaga empayar yang berkuasa.

MASALAH PERPADUAN

Persaingan antara orang Melayu Muslim dengan orang India Muslim dalam mendapatkan pengaruh
Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir
Raja Mendeliar menuduh Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan

KEDATANGAN PORTUGIS

- Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira
- Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan
- Pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka

- Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka.
- Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru

- Akhirnya Melaka ditawan secara rasminya pada 24 Ogos 1511 dan Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar dan Mangkat di sana.

KELEMAHAN ASKAR MELAKA

-Askar Portugis lebih terlatih
-Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan Tentera di Goa, India
-Angkatan Perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap
-Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri
-Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap



KELEMAHAN PEMIMPIN

1) Kematian Tun Perak
Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih oleh Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim
2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir
-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan
3) Kelalaian Pemerintahan
Sultan Mahmud
-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah berleluasa
-Kadar Cukai yang tinggi


PENGAJARAN


  • Kita seharusnya menyediakan strategi yang lengkap sebelum memulakan peperangan.
  • Kita haruslah memilih pemimpin yang berwibawa, berwawasan, bertauliah dan bijaksana
  • Kita mestilah bekerjasama dalam melakukan segala urusan supaya sesuatu perkara mudah dilaksanakan
  • Kita perlulah mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara lain untuk menjaga keamanan negara kita.